KUCHING, 14 April – Seorang Ahli Dewan Negara meminta kerajaan mempertimbang kenaikan denda kepada RM500 bagi pemilik kenderaan asing yang didapati tidak memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan negara.

Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata cadangan bagi meningkatkan jumlah denda RM50 yang dikenakan buat masa ini sudah dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet. 

“Perkara ini perlu melalui proses di Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya… kemungkinan ada jumlah siling juga untuk saman ini,” katanya.

Setakat ini, VEP hanya berkuat kuasa untuk kenderaan dari Singapura yang melalui pintu masuk antarabangsa di Johor dan akan diperluas di sempadan negara membabitkan Thailand, Indonesia serta Brunei. 

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Isnin lepas, Ahmad turut mengusulkan agar kerajaan mengenakan syarat ketat VEP ke atas kenderaan luar yang pernah atau mempunyai rekod saman tinggi di Malaysia.

Katanya ia bagi memastikan pihak terbabit tidak memanipulasi undang-undang sedia ada dan bermaharajarela melakukan kesalahan di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here