MELAKA, 20 April – Seramai 18 banduan dibebaskan awal di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Penjara Sungai Udang sempena Aidilfitri di sini semalam.

Pengarah Penjara Melaka Roslan Mohamed berkata kesemua banduan yang berusia 30 hingga 60 tahun yang dibebaskan itu melibatkan pesalah kes dadah sama ada mengedar, menagih atau urin positif yang menerima hukuman penjara di bawah tempoh setahun.

“Empat daripada mereka dijemput keluarga dan empat lagi dihantar menjalani latihan kemahiran berbayar menerusi program ‘Corporate Smart Partnership’ (CSI) dengan pihak industri. Bakinya 12 lagi dihantar ke rumah perantaraan (RP) di Kuala Lumpur kerana mereka tiada keluarga, umur telah lanjut dan tidak diterima pihak industri.

“Di RP mereka akan dilibatkan dengan pelbagai program bersama masyarat,” katanya.

Beliau berkata banduan berkenaan dibebaskan awal bagi memberi peluang untuk mereka menyambut Hari Raya Hari Aidilfitri bersama ahli keluarga, namun mereka perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak penjara.

Katanya banduan yang telah dibebaskan diharap tidak kembali lagi ke penjara, dan mereka telah diberikan pelbagai ilmu agama dan kerohanian selain melalui program kursus ‘Human Development Plan’ tahap satu dan dua. 

Semalam media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah PBSL Ihsan MADANI atau Kepulangan Yang Dinanti, sempena Aidilfitri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here