Kempen Promosi Perbelanjaan Pelancongan dan Kebudayaan 2023 dilancarkan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Ahad.

Bertemakan ‘Promosi Perbelanjaan Pelancongan-Budaya, Berkongsi Hidup yang Bahagia’, kempen itu merangkumi pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan, pameran, konsert, aktiviti menghayati warisan budaya tidak ketara, budaya digital, rekreasi dan hiburan, pesta muzik dan lain-lain.

Acara yang berlangsung secara hibrid itu bertujuan merangsang kedinamikan dan mengoptimumkan suasana perbelanjaan bagi memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah.

Sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei, Minggu Perbelanjaan Pelancongan dan Kebudayaan Kebangsaan akan turut diadakan serentak untuk membolehkan rakyat menikmati percutian melalui produk kebudayaan dan pelancongan yang unggul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here