Sidang Antarabangsa Program Penerokaan Angkasa Jauh pertama yang bertemakan ‘kerjasama menang-menang, terbang ke angkasa lepas’ membuka tirainya di Hefei, provinsi Anhui, pada Selasa.

Dalam upacara perasmian tersebut, Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) dan Pertubuhan Kerjasama Angkasa Asia Pasifik (APSCO) telah menandatangani pengumuman bersama kerjasama stesen penyelidikan bulan antarabangsa.

Menurut pengumuman tersebut, kedua-dua pihak akan menjalankan kerjasama yang luas dan secara mendalam khususnya dalam penyelidikan, pelaksanaan program, operasi dan penggunaan yang berkaitan.

Dalam pada itu, kerjasama juga akan diadakan dalam bidang reka bentuk alat angkasa lepas, pengangkutan kelengkapan sains, ujian sains dan teknologi, penganalisa data, pendidikan serta latihan.

Ketua Pereka Bentuk Projek Bulan China merangkap Pengarah Makmal Penerokaan Angkasa Jauh, Wu Weiren turut membentangkan laporan bertema pembinaan stesen penyelidikan bulan antarabangsa, membuat tafsiran terhadap rancangan pembinaan stesen penyelidikan bulan antarabangsa secara mendalam, di samping mengongsikan inisiatif kerjasama kepada seluruh dunia.

Untuk rekod, stesen penyelidikan bulan antarabangsa akan dijalankan dalam tiga fasa, iaitu dibina secara asas menjelang 2028 bagi tujuan ujian penerokaan alam sekitar dan penggunaan sumber di bulan; penyempurnaan pembinaan sebelum 2040 bagi ujian ujian sains dan penerokaan alam dalam angkasa antara bumi dan bulan; sebelum beransur-ansur dibina menjadi pangkalan bulan pelbagai fungsi.

Difahamkan, rancangan stesen penyelidikan bulan antarabangsa ini dijangka menjadi rancangan sains berskala besar antarabangsa yang pertama kendalian China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here