ANKARA, 29 April – Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Maluku, wilayah Indonesia yang merangkumi Kepulauan Maluku tengah dan selatan, pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu.

Agensi itu berkata setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Gegaran dirasai pada kira-kira pukul 16:19 waktu tempatan (0919GMT).

Gempa bumi itu dicatatkan pada kedalaman 60 kilometer (37 batu), dengan pusat gempa sekitar 167 kilometer (103 batu) di timur laut bandar Tual, menurut BMKG.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here