MOSCOW, 30 April – Twitter akan memperkenalkan pilihan yang membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna yang sekali-sekala berhasrat untuk membaca artikel, kata Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial Elon Musk pada Sabtu.

“Bakal dilancarkan pada bulan depan, platform ini akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.

“Ini membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih mahal bagi setiap artikel jika mahu baca artikel,” kata Musk.

Beliau berkata fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here