BEIJING, 2 Mei – Suasana beraya menebal dalam pasaran penggunaan di seluruh China pada 1 Mei, disokong oleh pembekalan barangan keperluan hidup harian yang mencukupi dan harganya kekal stabil pada asasnya. Menurut Kementerian Perdagangan, jualan perusahaan peruncit dan urusniaga syarikat katering utama di seluruh negara meningkat 15.6% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Perbelanjaan penggunaan domestik menunjukkan trend melantun yang kuat, terbukti dengan jumlan jualan automobil, pakaian, kosmetik, hiasan emas dan perak serta barang kemas yang masing-masing meningkat 25.1%, 24%, 19.9% dan 9.6%, bahkan urusniaga syarikat katering utama yang melambung 61.7%.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here