KUCHING, 6 Mei – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kerajaan Perpaduan adalah stabil dan kuat serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 Ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas.

“Bagi GPS, itu (kestabilan kerajaan) fokus kita dan kita tak mahu berpolitik lagi, kerana sekarang ini (adalah) masanya untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara demi rakyat,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here