SHAH ALAM, 8 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menugaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan pelaburan tempatan kepada 70 peratus tahun ini daripada 64 peratus pada 2022.

Beliau juga mahu institusi keselamatan sosial berkenaan melihat kembali hala tujunya supaya pelaburan yang dibuat seiring aspirasi kerajaan hari ini yang memberi fokus antaranya kepada penglibatan sektor belia, pertanian sebagai pemangkin keselamatan makanan negara bagi mengurangkan import makanan yang kini bernilai RM60 bilion di samping menambah lebih banyak penyertaan syarikat pemula. 

“Kita (Malaysia) bila naik kadar produktiviti, tapi kadar upah itu masih di tangga yang jauh lebih rendah. Jadi kesenjangan akan terus melebar. Inilah cabaran-cabaran yang kita harus dapat tangani.

“Keupayaan kerajaan, kalau kita dapat terus cari pelaburan baharu, dan dapat hasil lebih baik, maka kita dapat kembalikan pulangan kepada rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here