TEXAS, 10 Mei – Kilang penapisan syarikat Shell di timur Houston, Texas Amerika Syarikat (AS) mengalami kebakaran besar baru-baru ini.
Wartawan mendapati bahawa walaupun kebakaran telah dipadamkan, situasi darurat peringkat tertinggi masih dilaksanakan di kilang itu.
Kilang penapisan itu mula mengalami kebakaran pada 5 Mei dan kebakaran telah dikawal pada keesokan harinya. Namun kebakaran melanda lagi pada 7 Mei.
Dalam tempoh itu, air kumbahan dalam kuantiti besar tidak dapat meresap ke dalam tanah dan terpaksa dibuang dalam laluan pelayaran Houston.
Di samping itu, beribu-ribu pekerja di kilang itu telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.