HARARE, 11 Mei – Kerajaan Zimbabwe pada Rabu menarik balik semua langkah membendung penularan wabak COVID-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi satu darurat kesihatan global.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Monica Mutsvangwa semasa taklimat media pasca kabinet pada Rabu.

“Selepas WHO mengeluarkan kenyataan bahawa COVID-19 bukan lagi darurat kesihatan global, kerajaan mengarahkan supaya pemakaian mandatori pelitup muka ditarik balik, semua langkah mencegah penularan COVID-19 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta dan pelancong tidak perlu lagi menyediakan sijil vaksinasi COVID-19 di pelabuhan atau di pusat peranginan pelancong di seluruh negara,” kata Mutsvangwa.

Setakat 3 Mei, terdapat 264,685 kes COVID-19 disahkan di Zimbabwe dengan 5,686 kematian dilaporkan kepada WHO.

Selain itu, sejumlah 13,935,112 dos vaksin COVID-19 diberikan di negara itu sehingga 29 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here