KUCHING, 18 Mei – Usaha untuk meneroka ilmu dan teknologi baru tidak harus terputus dari kaitannya dengan khazanah ilmu kemanusiaan yang diperoleh di peringkat awal kehidupan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ilmu asas yang menekankan kepada nilai dan akhlak perlu diberikan keutamaan yang sama pentingnya dalam membangunkan negara.

“Satu aspek yang sangat penting dalam negara MADANI ialah negeri-negerinya harus makmur… berkembang maju, tetapi mesti berakar kepada keyakinan. Mesti meletak soal nilai dan akhlak sebagai paksinya,” kata beliau.

Berucap semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di sini hari ini, Anwar berkata kelemahan besar dunia barat dari sudut pemikiran dan falsafah adalah kegagalan mereka mengaitkan ilmu baru yang diperoleh dengan khazanah ilmu yang diwarisi mereka sebelum itu.

“Oleh kerana terputus, maka muncul ilmu dan teknologi baru yang penting tetapi hilang nilai, ehsan, rahmah dan kemanusiaannya,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here