BEIJING, 8 Jun — Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) meminta pelbagai negara untuk mencari pendekatan karbon sifar bersih di kawasan luar bandar bagi merealisasikan matlamat peneutralan karbon dengan secepat mungkin.

Wakil Rantau Asia Pasifik UN-Habitat, Bruno Dercon, dalam laporan yang dihasilkan Universiti Tongji sempena Perhimpunan Agung UN-Habitat ke-2 pada Selasa, berkata sebanyak 40 peratus populasi dunia masih menetap di luar bandar meskipun urbanisasi sedang rancak berlaku.

Difahamkan, laporan penyelidikan bertajuk Praktik Pembangkitan Luar Bandar Daerah Dinghai Bandar Zhoushan dengan Matlamat Sifar Karbon itu menceritakan pengalaman China berhubung pembangkitan luar bandar dan peneutralan karbon.

Menurut Decron, pengalaman Daerah Dinghai boleh dijadikan panduan berharga kepada kampung di pulau lain dan pesisir laut dalam pembangunan rendah karbon.

Pengarah Perancangan dan Rekabentuk UN-Habitat, Salvatore Fondaro, pula tertarik terhadap laporan yang menggabungkan penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dengan pembangkitan luar bandar ini.

Jelas beliau, ia menyaksikan betapa signifikannya usaha itu untuk pembangunan pada masa depan.

Perhimpunan Agung UN-Habitat kali kedua sedang berlangsung di Nairobi bermula 5 hingga 9 Jun, menumpukan topik mengenai rumah mampu milik sejagat, tindakan cuaca urban, menangani krisis bandar, matlamat pembangunan lestari serta tadbir urus dari pelbagai lapisan, kewangan dan kemakmuran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here