Pingat yang bernama  “Hushan” untuk kegunaan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou ditunjukkan secara rasmi kepada umum pada majlis kira detik seratus hari sebelum temasya sukan terbabit.  

“Hushan” yang berbentuk bulat pada bahagian dalamnya dan empat persegi pada bahagian luar diilhamkan dari Yucong, sejenis artifak ritual yang berkaitan dengan kebudayaan Liangzhu pada zaman purba.

Gambaran kasar banjaran gunung dan Tasik Barat yakni mercu tanda geologi bandar Hangzhou boleh kelihatan di muka pingat “Hushan” yang bermaksud “tasik dan gunung” dalam bahasa Mandarin,  dan melambangkan perjuangan atlet yang bersemangat gigih dalam menyahut cabaran satu demi satu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here