TORONTO, 20 Jun – Hubungan antara Amerika Syarikat dan China berada di “landasan yang tepat” selepas lawatan Setiausaha Negara Antony Blinken ke Beijing, kata Presiden Joe Biden pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke California bagi mengumumkan pembiayaan ke arah usaha menangani perubahan iklim.

“Saya fikir kita berada di laluan untuk dapat melaksanakan kedua-duanya — mempunyai dunia yang lebih selamat.. serta memastikan bahawa kita mempunyai ekonomi yang memberi manfaat kepada semua orang,” katanya.

Lawatan dua hari Blinken ke Beijing yang berakhir Isnin menyaksikan kemajuan dalam isu terbabit.

AS dan China bersetuju untuk menstabilkan hubungan mereka dan memastikan saluran komunikasi terbuka bagi mengelakkan konflik antara kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here