KOTA BHARU, 21 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata pihaknya sudah menghantar surat pemakluman tersebut, minggu lepas.

“Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun,” katanya.

 Rabu lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

PAS menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here