China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara di Bali, mengawal perselisihan pendapat dengan berkesan dan mendorong dialog dan kerjasama.

Ini antara konsensus yang dicapai China dan AS, sempena lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke China mutakhir ini.

Ketua Pengarah Jabatan Amerika dan Oceania Kementerian Luar China, Yang Tao telah memberi taklimat tentang hasil lawatan Blinken dalam sidang media pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, terus memperkasakan rundingan mengenai prinsip panduan hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mempergiat rundingan kumpulan kerja bersama China-AS untuk menyelesaikan masalah terperinci dalam hubungan dua hala.

Pada masa sama, menurut Yang, China dan AS bersetuju untuk meningkatkan dan memluaskan pertukaran kebudayaan dan pendidikan, memperhalusi pelan penambahan penerbangan awam antara China dan AS, serta memberikan sokongan dan kemudahan kepada pertukaran lawatan antara golongan pelajar, sarjana, dan usahawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here