KUALA LUMPUR, 4 Julai – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) bagi bertukar pandangan serta membincangkan isu semasa dalam dan luar negara.

Fahmi menerusi hantaran di Facebooknya berkata pertemuan itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh FCCM dalam membantu menyalurkan maklumat tepat berkaitan Kerajaan Perpaduan kepada media antarabangsa.

“Penyaluran maklumat yang tepat dan sahih kepada media antarabangsa sangat penting untuk negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here