TOKYO, 4 Julai – Wilayah Kyushu di barat daya Jepun dilanda hujan lebat dan tanah runtuh pada Isnin.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, hujan lebat itu melanda Kyushu dan Wilayah Yamaguchi barat Jepun sejak 29 Jun.

Di Hita Wilayah Oita, jumlah curahan sehingga 2 petang waktu tempatan pada Isnin mencecah 737 milimeter, melepasi paras mingguan pada bulan Julai, diandingkan dengan tahun sebelumnya.

Hujan lebat menyebabkan amaran tanah runtuh di tujuh majlis perbandaran di wilayah itu. Menurut pihak berkuasa tempatan, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Di Wilayah Kumamoto, hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan dan memusnahan sebuah jambatan dan menenggelamkan rumah, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Di bandar Kumamoto, kira-kira 368,000 penduduk diarah berpindah apabila paras air di sungai Shirakawa, mula meningkat.

Arahan pemindahan juga dikeluarkan di Mashiki, Mifune, Yamato dan Minamioguni di daerah Kumamoto serta di beberapa kawasan di wilayah kejiranan Fukuoka, Saga, Oita dan Miyazaki.

Hujan dijangka berterusan di bahagian selatan Kyushu sehingga Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here