JOHOR BAHRU, 10 Julai — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memulakan lawatan rasmi ke Singapura dengan berangkat ke majlis jamuan teh yang dihoskan Perdana Menteri republik itu Datuk Lee Hsien Loong dan isterinya, Datin Paduka Ho Ching di Istana, Singapura.

Menurut hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini, Tunku Ismail diiringi isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

“Pada sesi itu, baginda berdua saling bertukar idea dan perkembangan baharu dengan Perdana Menteri Singapura itu dan isterinya. Ini adalah acara pertama untuk lawatan rasmi tiga hari baginda berdua ke Singapura. Allah Peliharakan Sultan,” menurut hantaran itu. 

Lawatan rasmi Tunku Ismail adalah atas undangan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Balakrishnan dan isterinya akan menjadi hos bagi santapan makan malam sebagai memberi penghormatan kepada pasangan diraja, malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here