BEIJING, 21 Julai – Pihak berkuasa keselamatan awam China menutup atau menggantung lebih 21,000 akaun dalam talian yang terlibat mencipta atau menyebarkan maklumat palsu selepas kempen di seluruh negara berakhir.

Pihak berkuasa membongkar lebih 2,300 kes dan mengeluarkan lebih 705,000 maklumat palsu dalam kempen 100 hari bagi membanteras maklumat palsu di alam siber, menurut Kementerian Keselamatan Awam (MPS) pada sidang media pada Jumaat.

Lebih 620 suspek membabitkan lebih 130 kes ditahan kerana menipu dalam talian.

Kempen itu bertujuan untuk memupuk persekitaran ruang siber yang sihat, kata MPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here