SIK, 5 Ogos – Felda akan terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri hingga semua masalah pokok berkaitan agensi itu dan peneroka selesai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri akan memantau Felda dan selepas semua masalah, termasuk yang dihadapi peneroka, diselesaikan baharulah agensi itu diserahkan kepada kementerian lain.

“La ni Felda di bawah Perdana Menteri, sebabnya kerana masalah banyak dan saya tak mahu ambil sikit-sikit untuk selesaikan.

“Saya dah bagi mandat penuh kepada Pengerusi Felda yang baharu (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) kerana saya tahu dia ada keupayaan dan dia serius nak selesaikan masalah ini.

“… dan saya beritahu dia, saya kata jalan saja, kalau ada masalah bagitahu saya dan insya-Allah, saya akan cuba bawa perubahan sedaya upaya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here