JAKARTA, 11 Ogos – Politeknik Malaysia dan Indonesia sepakat menjalin hubungan strategik dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk membentuk ekosistem yang mampan.

Inisiatif ini dipelopori Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA), Malaysia dan Politeknik Negeri Batam (Polibatam), Indonesia, menurut PSA dalam satu kenyataan.

PSA dan Polibatam akan berkongsi kepakaran dan amalan terbaik di bidang penyelidikan dan inovasi, menjadi institusi TVET rentas sempadan dan memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Kesepakatan kedua-dua institusi dicapai melalui pemeteraian ‘agreed minutes of meeting’ di Polibatam, Batam sempena ekspo pendidikan vokasional anjuran Politeknik Negeri Seluruh Indonesia.

Pengarah PSA Dr Norhayati Zakaria mengetuai delegasi bersama Timbalan Pengarah Akademik Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohd Mubarak Shamsuddin.

Ekspo dua hari bermula Rabu itu sarat dengan aktiviti termasuk “International Business Administration Competition”, yang disertai tiga pelajar PSA dan dua orang pensyarah sebagai juri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here