KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak dapat memberikan sebarang ulasan sehingga selesai siasatan kes-kes berkenaan, demikian menurut MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

MCMC memaklumkan suruhanjaya itu bertanggungjawab membantu agensi penguatkuasaan undang-undang lain dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.

“Setelah pelaksanaan tindakan yang diperlukan, perkara tersebut akan tertakluk kepada siasatan termasuk yang dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang lain.

“MCMC tetap tegas dalam melaksanakan kewajipan berkanun kami bagi memastikan integriti maklumat dan keharmonian masyarakat,” menurut  kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, suruhanjaya berkenaan berpandukan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dalam menjalankan fungsinya, ini termasuk mengambil tindakan yang perlu untuk mencegah perlakuan atau percubaan melakukan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here