KUALA LUMPUR, 13 Ogos – PAS mempertahankan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan majoriti dua pertiga berdasarkan data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat 10.20 malam, PAS memperoleh 24 kerusi daripada keseluruhan 32 kerusi dipertanding.

Antara keputusan terawal diumum ialah kerusi Ru Rendang yang dipertahan Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas beliau memperoleh 20,927 undi menewaskan calon PH Suhaimi Sulaiman yang memperoleh 3,641 undi.

DUN Terengganu dibubarkan pada 28 Jun selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 , PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN manakala BN memperoleh 10 kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here