KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergström dan Emma Broms daripada Business Sweden di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini. 

Dr Zaliha dalam perkongsian di Facebook berkata perbualan mereka berkisar mengenai bidang pengurusan maklumat kesihatan dan kesihatan digital.

“Kami membincangkan tentang meneroka kaedah untuk memanfaatkan peralatan digital bagi menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan, mengukuhkan pengawasan penyakit dan meningkatkan pendidikan dan kesedaran kesihatan,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat daripada Sweden untuk menjalankan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan di Malaysia serta menjadi sebahagian daripada agenda pembaharuan kesihatan digital seperti yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan.

“Kami menantikan usaha timbal balik selanjutnya yang akan meningkatkan standard penjagaan kesihatan secara sinergi di Malaysia dan Sweden,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here