SHAH ALAM, 18 Ogos – Operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam, telah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika ini, anggota keselamatan sedang melakukan pembersihan terakhir dan mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa di tempat kejadian.

“Kita telah menjumpai 10 mayat dan dalam bahasa penyiasatan, yang dipanggil ‘human remains’ (atau cebisan mayat) kita sudah ambil 15 (iaitu) ada yang badan sedikit, tangan sedikit.

“Barang kepunyaan peribadi daripada human remains ini seperti jam, duit dan beg, lebih kurang dalam 21 yang ada (dijumpai),” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Razarudin berkata semua cebisan yang ditemukan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan sebanyak 22 waris telah diambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here