NEW DELHI, 28 Ogos – India dan Britain berpuas hati terhadap hasil perbincangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) mereka setakat ini, dengan kedua-dua negara berharap dapat memuktamadkan perjanjian yang “adil, seimbang dan saling menguntungkan”.

Menteri Perdagangan India Piyush Goyal dan Setiausaha Perdagangan British Kemi Badenoch bertemu di luar mesyuarat peringkat menteri G20 di India dan menyemak semula rundingan FTA yang sedang berjalan.

Kedua-dua pihak yang berpuas hati sepanjang 12 pusingan rundingan terakhir itu menyatakan keyakinan bahawa pusingan rundingan seterusnya juga akan berjaya, menurut Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pasukan India dan British itu akan meneruskan rundingan sehingga akhir Ogos dan hasilnya akan disemak oleh peringkat yang lebih tinggi, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here