KUALA LUMPUR, 1 Sept – Kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang memerlukan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu sebahagian besarnya daripada sektor swasta, digunakan daripada ekuiti swasta, modal dan pasaran kewangan.

“Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu memangkin dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP,” katanya pada pelancaran NIMP 2030 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here