BEIJING, 4 Sept – Kapal perubatan Peace Ark Tentera Laut China yang sedang menjalankan “Misi Harmoni 2023”, selamat tiba di Pelabuhan Dili di Timor Leste pada pagi Ahad, stesen terakhir bagi misi kali ini.

Misi itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan serta bantuan kemanusiaan selama tujuh hari dan itu merupakan lawatan kali kedua di Timor Leste dan kali keempat bagi kapal angkatan laut China.

Dalam tempoh misi, kapal itu akan memperkenalkan teknologi dan kelengkapan perubatan serta konsep China yang maju kepada rakyat Timor Leste.

Setakat ini, jumlah diagnosis dan pembedahan harian yang telah dilaksanakan masing-masing sudah memecah rekod.

Peace Ark merupakan platform perubatan profesional khusus untuk penyelamatan perubatan maritim yang direka bentuk dan dibina oleh China sendiri, dilengkapi pelbagai kemudahan dan teknologi canggih yang mempunyai harta intelek sendiri.

Sejak mula berkhidmat pada 2008, kapal itu telah belayar ke luar negara sebanyak lapan kali dan berlabuh di tiga lautan dan enam benua dengan jarak pelayaran keseluruhan mencatat lebih 270,000 batu nautika yang melibatkan 45 negara dan kawasan.

Sehingga kini, kapal itu telah menerima kunjungan lebih 2,000 pemimpin negara dan tetamu kehormat, memberikan perkhidmatan perubatan kepada lebih 280,000 individu dan menjalankan lebih 1,600 pembedahan, sekali gus mengharumkan nama China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here