YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama Perdana Menteri Cambodia TYT Hun Manet ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta Convention Centre, Indonesia, 5 September, 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption.

JAKARTA, 5 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Myanmar perlu menunaikan kewajipannya sebagai negara anggota ASEAN, serta mengikut peruntukan dalam piagam forum kerjasama serantau itu.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut menyuarakan kekecewaan Malaysia, terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC), dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar.

“Saya tekankan bahawa ASEAN perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan, dan agar ASEAN memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya semasa sesi pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN di sini hari ini.

Anwar berkata selain perbincangan mendalam mengenai pelaksanaan 5PC di Myanmar, beliau dan pemimpin serantau turut membincangkan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific.

Sementara itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja yang baharu Hun Manet dan bertukar pandangan mengenai isu dua hala dan serantau yang berkepentingan bersama.

Pada pertemuan itu, Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Manet dan bersetuju untuk meneroka lebih banyak jalinan kerjasama ekonomi, bagi merancakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN, disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here