KLUANG, 7 Sept – Pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) sudah mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata PLBEGJB yang terdiri daripada 11 stesen itu dijangka siap menjelang 2025.

“Keseluruhan projek ini memang memerlukan tempoh masa yang lama dan banyak kali dilanjutkan untuk disiapkan terutamanya disebabkan COVID-19 jadi terlewat tetapi kini ia berjalan lancar. Apabila siap barulah kami buat percubaan sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Kami harap projek ini dapat disiapkan dalam kadar segera supaya landasan ini dapat menghubungkan antara Johor Bahru sampai ke Kuala Lumpur hingga ke Padang Besar,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik bagi pembinaan Kluang Heritage Railway Linear Park di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here