BEIJING, 12 Sept – Polis China dan Laos berjaya membongkar 270 kes penipuan telekomunikasi rentas sempadan dan seramai 179  suspek ditahan, sekali gus menandakan kerjasama kedua-dua pihak dalam penguatkuasaan undang-undang mencapai hasil signifikan.

Pada Julai tahun ini, Kementerian Keselamatan Awam (MPS) China mengerahkan pasukan petugas ke Laos untuk menjalankan operasi membanteras kegiatan sindiket penipuan bersama polis negara itu.

Operasi pusingan pertama yang dijalankan pada 19 Julai berjaya menumpaskan sarang sindiket penipuan di wilayah Savannakhet, selatan Laos dengan menahan 15 suspek. 

Dalam operasi selanjutnya, polis kedua-dua negara turut menahan 164 individu susulan serbuan ke 10 lokasi di Vientiane, ‘Golden Triangle’, Savannakhet dan Vang Vieng.

Sejak awal tahun ini, MPS terus memperhebat operasi membasmi jenayah penipuan dalam talian menerusi usaha sama dengan polis Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here