Hari ini ialah Hari Martyr ke-10 di China. Upacara meletakkan bakul bunga kepada wira rakyat diadakan di Dataran Tian’anmen, Beijing pagi tadi.

Pemimpin Parti dan negara termasuk Xi Jinping, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang, Li Xi dan Han Zheng serta wakil dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai upacara tersebut. 

Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin lain meletakkan bakul bunga di depan Tugu Peringatan Wira Rakyat, sebagai memberikan penghormatan kepada mereka yang mengorbankan nyawa demi pembebasan rakyat China dan pembangunan Republik Rakyat China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here