KUNMING, 5 Okt — Sejak dilancarkan kira-kira 22 bulan yang lalu, perkhidmatan kereta api China-Laos setakat ini sudah menghantar sebanyak 26.8 juta tan barangan, termasuk penghantaran rentas sempadan berjumlah 5.5 juta tan. 

Menurut maklumat Biro Kunming Kereta Api China pada Rabu, berdasarkan statistik, buah-buahan antara barangan paling banyak dihantar melalui kereta api rentas sempadan itu. 

Buah-buahan tropika dari Asia Selatan dan Asia Tenggara seperti Thailand dan Laos dapat dihantar ke pasaran China melalui perkhidmatan kereta api itu. 

Sehingga 3 Oktober lalu, jumlah penghantaran buah-buahan dan sayur-sayuran mencatat kira-kira 83,500 tan. 

Antaranya, jumlah buah-buah import mencatat 72,500 tan, jumlah eksport buah-buahan dan sayur-sayuran mencatat 11,000  tan dan jumlah nilainya mencecah RMB2.2 bilion (RM1.41 bilion).

Selain itu, jumlah penghantaran barangan meningkat mendadak sejak awal tahun ini, mencatat lebih 14 juta tan sehingga penghujung September. 

Jumlah penghantaran barangan rentas sempadan mencatat lebih 3 juta tan, meliputi 12 negara yang menyertai inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk Laos, Thailand, Vietnam dan Myanmar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here