LOS ANGELES, 7 Okt – Amerika Syarikat telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 kes malaria, kali pertama dalam tempoh 20 tahun sejak penyakit berjangkit itu diisytiharkan tiada lagi di negara itu.

Negeri Arkansas mengenal pasti kes tempatan pertama minggu ini, menandakan negeri keempat yang melaporkan kes serupa selepas Florida, Texas dan Maryland.

Jabatan Kesihatan Arkansas mengenal pasti kes malaria dikesan pada seorang penduduk Arkansas, yang tinggal di Saline County dan belum pernah keluar dari negara itu.

Ini adalah satu-satunya kes malaria tempatan yang diketahui di Arkansas.

Awal tahun ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS melaporkan tujuh kes malaria di Florida, satu kes di Texas dan satu kes di Maryland.

Malaria adalah penyakit serius dan berpotensi membawa maut yang disebarkan melalui gigitan nyamuk anopheline betina.

Mereka yang menghidap malaria sering mengalami demam, menggigil, dan penyakit seperti selesema. Jika tidak dirawat, mereka mungkin mengalami komplikasi yang teruk hingga menyebabkan kematian, menurut CDC.

Penyakit malaria adalah endemik di Amerika Syarikat sehingga 1950.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here