BEIJING, 16 Okt – Sempena Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) ketiga diadakan di Beijing minggu ini, Kumpulan Media China (CMG) dan beberapa media arus perdana di Afrika bersama-sama mengeluarkan Inisiatif Tindakan Media China-Afrika, sekali gus mendapat sambutan daripada 50 media dan organisasi dari Afrika.  

Media dari China dan Afrika akan menjalankan kerjasama penggambaran program, membuat program wawancara peringkat tinggi, pameran filem dan televisyen, dan aktiviti omnimedia, untuk memperkukuh persahabatan China-Afrika dan merapatkan ikatan dalam kalangan rakyat kedua-dua pihak.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan video berkata, tahun ini ulang tahun ke-10 Presiden Xi Jinping menganjurkan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) , dan juga ulang tahun ke-10 anjuran konsep dasar terhadap Afrika yang bersahabat dan ikhlas anjuran Presiden Xi. 

Shen berkata, sepanjang sedekad lalu, kerjasama China-Afrika melakar hasil cemerlang dan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Afrika sedang giat dijalankan. 

Beliau menyatakan, CMG komited bekerjasama dengan media negara Afrika untuk menceritakan kasih China kepada dunia, dan mempamerkan hasil kerjasama antara China dengan Afrika dalam rangka BRI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here