BEIJING, 16 Okt – Situasi semasa di Palestin adalah kritikal pada masa ini. China berpendapat bahawa melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin untuk mengelakkan konflik dan ketegangan terus memuncak adalah perkara yang paling mustahak ketika ini.

Demikian ujar Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan juga Menteri Luar Wang Yi dalam sidang akhbar bersama dengan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Jose Borrell, selepas Dialog Strategik Peringkat Tinggi China-EU pada Jumaat.

Wang menyatakan bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mencegah berlakunya bencana kemanusiaan yang serius. Di samping itu, negara-negara terlibat dikehendaki bersabar dan bertenang, mengekalkan objektiviti dan keadilan demi meredakan ketegangan.

Dalam pada itu, menurut Wang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) patut memainkan peranan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here