BEIJING, 22 Okt – Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-110 penubuhan Persatuan Pelajar Pulang dari Barat (WRSA).

Xi berkata, di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), WRSA telah memberi sumbangan positif dalam menyatupadukan pelajar pulang dari seberang laut untuk menyumbang bakti kepada tanah air dan rakyat.

Xi menekankan bahawa WRSA perlu terus memainkan peranan sebagai rizab bakat yang berbakti kepada negara, kumpulan pemikir yang mencetuskan idea serta daya utama diplomasi rakyat ke rakyat.

Beliau berharap pelajar berkenaan terus menyemarakkan tradisi patriotik, menceburi bidang inovasi dan keusahawanan, serta menggalakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here