KAHERAH, 24 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, sepakat bahawa negara barat perlu memberi tekanan kepada rejim Israel untuk memberhentikan serangannya ke atas Gaza.

Anwar berkata dalam kunjungan hormatnya kepada Presiden Mesir itu, beliau dan El-Sisi juga sepakat bahawa kemudahan awam di Gaza seperti sekolah dan hospital, tidak sepatutnya dibedil dan dirosakkan oleh pihak rejim Israel itu.

“Kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Gaza itu sudah ditahap sangat parah. Jadi itu yang kita sepakati tadi hasil daripada perbincangan (dengan El-Sisi),” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan Mesir juga pada masa ini, sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan menyaluran bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza, dan Malaysia akan bekerjasama dan menyokong langkah yang diambil Mesir itu.

Anwar berkata Malaysia juga akan terus berusaha menghubungi negara barat dan timur, untuk menggesa supaya mereka melakukan sesuatu untuk membawa keamanan dan bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here