PUTRAJAYA, 4 Nov – Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di Sri Satria di sini hari ini sempena lawatan kerja tiga hari Wang ke Malaysia. 

“Pertemuan hari ini juga memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam berhadapan cabaran berkaitan keselamatan sejagat di Asia dan juga dunia, amnya,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Wang.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Wang juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.

Ahmad Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China  dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here