YANGON, 5 Nov – Kementerian Buruh Myanmar membatalkan sementara lesen 10 agensi pekerjaan luar negara.

Lesen agensi pekerjaan luar negara yang terlibat akan digantung selama enam bulan hingga setahun, Xinhua memetik laporan akhbar The Global New Light of Myanmar pada Jumaat, memetik Kementerian Buruh.

“Lesen itu dibatalkan kerana mereka gagal mematuhi peraturan dan undang-undang buruh sedia ada di negara ini,” kata pegawai kementerian itu.

Kementerian Buruh berkata, pekerja Myanmar dihantar untuk bekerja di lebih 90 negara sejak 1990.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here