KUALA LUMPUR, 8 Nov – Google Malaysia telah menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengenai isu media serta kawal selia melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan antara kementerian dan pasukan Google Malaysia yang membincangkan beberapa perkara melibatkan KKD dan agensi berkaitan.

“Dalam perbincangan, beberapa isu telah dibangkitkan termasuk isu media dan kawal selia melibatkan MCMC.

“Pihak Google telah menyatakan kesediaan dan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan KKD dan agensi berkaitan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here