POKHARA, 10 Nov – Kerajaan China menyumbangkan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Nepal.

Pesawat Tentera Udara China yang mengangkut bantuan kemanusiaan itu berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal pada Rabu. 

Majlis penyerahan barang bantuan merangkumi 600 khemah dan 4,600 selimut itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Nepal, Bishnu Pukar Shrestha dan Duta Besar China ke Nepal, Chen Song.

Chen Song berkata sumbangan yang diberikan China itu mencerminkan persahabatan erat kedua-dua negara.

Sementara itu, Shrestha mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China.

Beliau berkata China sering menyokong pembangunan ekonomi dan menyediakan bantuan kepada Nepal pada masa yang kritikal.

“Sumbangan itu akan dihantar ke kawasan bencana dengan secepat mungkin,” katanya.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Jajarkot dan daerah di barat Rukum pada Jumaat, meragut 153 nyawa dan mengakibatkan 349 cedera selain 35,000 rumah mengalami kerosakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here