JOHOR BAHRU, 22 Nov – Belanjawan Johor 2024 yang bakal dibentang Khamis ini, akan membawa berita baik bertunjangkan enam teras Agenda Maju Johor, yang mendasari setiap genap dan pelosok negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata enam teras berkenaan ialah tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan dan keperluan asas, kebersihan dan kelestarian alam sekitar dan Orang Muda Johor.

“Belanjawan berkenaan merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi dan infrastruktur, bantuan kepada rakyat, pendidikan, perumahan mampu milik, pertanian moden, keagamaan, kesukarelawanan dan banyak lagi.

“Mari bersama-sama membina masa depan yang lebih baik dan menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030. Insya-Allah,” kata beliau dalam hantaran dan video pendek menerusi Facebook rasmi Menteri Besar Johor hari ini.

Pembentangan Belanjawan Johor 2024 dengan tema “Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat” akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Onn Hafiz pada 9.30 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here