KUALA LUMPUR, 13 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan di Kelantan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Pahang pula kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain seluruh kawasan negeri Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here