BEIJING, 17 Dis – Pembinaan stesen ekspedisi saintifik China yang baharu di Laut Ross, Antartika berjalan lancar, walaupun salji besar melanda kawasan itu mutakhir ini.

Pembinaan stesen baharu itu menggunakan cara baharu iaitu pemunggahan dan penghantaran bahan binaan dijalankan serentak dengan kerjaan pembinaan. 

Pada 16 Disember lalu, tiang keluli tertinggi pertama bagi bangunan utama stesen itu siap dipasang, dan ia sekali gus menandakan kerja pembinaan bangunan utama dilancarkan secara menyeluruh.

Stesen ekspedisi saintifik baharu China itu terletak di Pulau Inexpressible di Laut Ross, Antartika dan juga menjadi stesen ekspedisi saintifik Antartika ke-5 China di kutub selatan. 

Stesen baharu itu mampu menampung 80 ahli penyelidik untuk menjalankan penyelidikan sains dalam bidang persekitaran atmosfera, persekitaran asas marin, ekologi, biologi dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here