SEPANG, 11 Jan – Tourism Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan bagi melakukan penerbangan terus yang menghubungkan wilayah-wilayah kecil atau ‘second tier city’ di China dan Malaysia.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata penerbangan terus sedemikian akan memudahkan pelancong dari wilayah kecil China datang ke Malaysia tanpa perlu melalui penerbangan domestik untuk ke lapangan terbang utama bagi menjimatkan tempoh perjalanan.

“Kita nak ada penerbangan terus dari wilayah kecil tetapi yang mempunyai jumlah penduduk tinggi, disediakan oleh syarikat penerbangan selain daripada yang sedia ada, seperti AirAsia contohnya dari Chengdu,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama Air Macau dari Macau ke Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ammar berkata jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia tahun jni disasarkan mencecah sekurang-kurangnya 24 juta.

Susulan itu, katanya pelbagai perancangan untuk menambah baik dan memajukan produk pelancongan dilaksanakan di dalam negara termasuk meningkatkan penerbangan terus antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here