BEIJING, 15 Jan – Kemboja komited menarik lebih ramai pelawat dan pelabur dari China untuk melancong dan menjalankan pelaburan di negara itu pada 2024.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menerusi surat tahniah sempena pelancaran Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja di Siem Reap pada Sabtu.

Beliau yakin perpaduan dan persahabatan serta kerjasama ‘intan enam sisi’ antara Kemboja dan China akan terus diperkasa dan menjadi lebih mampan.

Difahamkan, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Budaya dan Seni Halus Kemboja akan bekerjasama rapat dengan China untuk menganjurkan siri aktiviti menarik melibatkan sukan, budaya, pelancongan dan lain-lain sempena Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here