BEIJING, 26 Jan – Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan ke Thailand pada 26 hingga 29 Januari.

Lawatan Wang, yang juga Ahli  Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, adalah atas undangan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara.

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata, Wang Yi akan mengadakan rundingan pusingan baharu dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan di Bangkok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here